Translate

13 March 2025

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam



Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam

Bernama

13/03/2025


MOHD NAJWAN: Di Cabang Shah Alam sekarang, ada keperluan untuk kita menawarkan barisan kepimpinan baharu yang lebih segar, tidak lesu yang pada masa sama boleh tawarkan khidmat lebih efektif kepada rakyat dan parti. - Gambar fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shah Alam pada pemilihan bulan hadapan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor itu berkata keputusan berkenaan dibuat untuk memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua 15,000 ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik, segar serta berkesan.

"Kalau kita lihat Keadilan Shah Alam suatu ketika dahulu ialah cabang yang dihormati, kuat dan diibaratkan kalau tumbangnya Shah Alam, maka akan tumbanglah Selangor.

"Jadi, kita lihat di Cabang Shah Alam sekarang ini, ada keperluan untuk kita menawarkan barisan kepimpinan baharu yang lebih segar, tidak lesu yang pada masa sama boleh tawarkan khidmat lebih efektif kepada rakyat dan parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Kota Anggerik dan Sambutan Hari Wanita Sedunia di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam di sini semalam.

Kerusi Ketua Cabang PKR Shah Alam disandang oleh Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail yang sebelum ini mengesahkan untuk mempertahankan kerusi berkenaan selain bekas Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor itu juga dilaporkan akan mencabar Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan parti peringkat pusat, Mei nanti.

Mohd Najwan berkata hasrat itu telah dimaklumkan dan mendapat restu Pengerusi PKR Selangor yang juga Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari selain turut mendapat reaksi positif beberapa pimpinan parti yang lain.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 22 mins ago