Translate

14 March 2025

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah



SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah

Bernama

14/03/2025


Hannah berkata selaku tuan rumah, Selangor mempunyai senarai acara yang ingin dicadangkan namun setiap acara yang mahu dipertandingkan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa SUKMA. - Gambar fail


PETALING JAYA: Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata selaku tuan rumah, Selangor mempunyai senarai acara yang ingin dicadangkan namun setiap acara yang mahu dipertandingkan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa SUKMA.

"Jawatankuasa SUKMA akan memastikan setiap acara yang mahu dipertandingkan mesti mempunyai sekurang-kurangnya penglibatan enam negeri. Itu syarat utama. Jadi, sama ada pickleball akan disenaraikan atau tidak, ia bergantung kepada undian negeri-negeri masing-masing.

"Keputusan akhir mengenai acara yang bakal dipertandingkan hanya akan dimuktamadkan menjelang tarikh kejohanan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di sini hari ini.

Beliau memaklumkan mesyuarat pertama Jawatankuasa SUKMA yang diadakan baru-baru ini hanya mengesahkan Selangor selaku tuan rumah SUKMA 2026 dan Kelantan bagi edisi 2028.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Mohd Hairi Mad Shah sebelum ini, menyuarakan pandangan iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan dasar khusus bagi mengekalkan sukan teras yang berpotensi menyumbang pingat di kejohanan antarabangsa, agar ia tidak digugurkan daripada SUKMA.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 4 hrs 48 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 5 hrs 56 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 5 hrs 59 mins ago