Translate

14 March 2025

Khidmat Reezal Merican sebagai Pengerusi MATRADE disambung untuk tempoh dua tahun lagi



Khidmat Reezal Merican sebagai Pengerusi MATRADE disambung untuk tempoh dua tahun lagi

Bernama

14/03/2025


Menurut MATRADE, di bawah kepimpinan Reezal Merican (gambar), ia berjaya mencatat pelbagai pencapaian penting dalam meningkatkan nilai eksport negara dan memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan terus memegang tanggungjawab sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk tempoh dua tahun lagi, bermula 18 April 2025.

Pengumuman pelanjutan tempoh perkhidmatan itu dibuat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada pelancaran Perdagangan Digital MADANI (MDT) yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) semalam.

Dalam kenyataan hari ini, MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.

"Di bawah kepimpinan Reezal Merican, MATRADE telah berjaya mencatat pelbagai pencapaian penting dalam meningkatkan nilai eksport negara dan memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Pada 2024, nilai eksport meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion, mencapai 87.2 peratus daripada sasaran yang ditetapkan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," demikian menurut MATRADE.

Selain itu, katanya Reezal Merican turut berperanan dalam kejayaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang mencapai pengiktirafan global.

"MIHAS 2023 berjaya meraih Guinness World Record bagi 'Kehadiran Terbesar Pameran Perdagangan Halal' manakala MIHAS 2024 telah mencatatkan nilai jualan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM4.3 bilion, iaitu 34 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Reezal Merican turut turun padang mengetuai Misi Akselerasi Eksport (EAM) ke Mesir dan Libya yang berjaya menjana jualan sebanyak RM250 juta, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pengeksport tempatan untuk menembusi pasaran baharu terutama di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

Pelanjutan tempoh perkhidmatan beliau dijangka akan terus memperkukuh peranan MATRADE dalam merangka strategi yang lebih efektif untuk memacu pertumbuhan perdagangan antarabangsa Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah ber' 2 hrs 33 mins ago