Translate

14 March 2025

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs



Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs

Bernama

14/03/2025


Adnan berkata Cuepacs berusaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dengan memberikan penerangan tentang Pensijilan Skim Kemahiran Malaysia yang dapat membantu meningkatkan kepakaran. - Gambar fail/BERNAMA


KUCHING: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr Adnan Mat menggesa penjawat awam wanita mengambil langkah proaktif dengan menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi melindungi diri selepas waktu bekerja.

Beliau berkata walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga memainkan peranan penting sebagai suri rumah apabila pulang ke rumah.

"Oleh itu, SKSSR bertujuan memberikan perlindungan kepada mereka dalam kehidupan seharian di rumah kerana risiko keselamatan di rumah tidak sama dengan keadaan di tempat kerja.

"Risiko di tempat kerja boleh dikawal tetapi di rumah tiada jaminan keselamatan yang sama. Dengan SKSSR, mereka boleh mendapat perlindungan dengan kos yang rendah dan saya menyeru penjawat awam wanita memanfaatkan skim ini demi masa depan lebih terjamin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata Cuepacs berusaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dengan memberikan penerangan tentang Pensijilan Skim Kemahiran Malaysia yang dapat membantu meningkatkan kepakaran.

"Usaha ini penting bagi memastikan penjawat awam dapat meningkatkan kemahiran mereka selaras dengan kenaikan gaji seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu penjawat awam perlu memberi pulangan yang setimpal dengan kenaikan gaji mereka," katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penjawat awam komited menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan terus meningkatkan kemahiran demi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara berjalan lancar, selaras dengan kenaikan gaji yang diterima.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 5 hrs 17 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 5 hrs 35 mins ago