Translate

12 March 2025

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya



1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya

Bernama

12/03/2025


Adly berkata PHU diberikan secara bulanan kepada veteran ATM yang mengalami kecederaan dengan darjah hilang upaya satu peratus hingga 100 peratus. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata PHU diberikan secara bulanan kepada veteran ATM yang mengalami kecederaan dengan darjah hilang upaya satu peratus hingga 100 peratus manakala Ganjaran Hilang Upaya (GHU) diberikan secara sekali beri kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tugas aktif.

"Setakat 6 Mac ini, sebanyak 218 orang telah menerima GHU dengan peruntukan RM6.88 juta," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Negara hari ini.

Mengenai Elaun Pelajaran (EP), Adly berkata ia diberikan secara sekali bayar antara RM1,600 hingga RM5,400 setahun mengikut tahap pendidikan.

"Kadar Elaun Layanan Sentiasa pula dinaikkan daripada RM440 sebulan kepada RM1,500 sebulan kerana kita tahu bahawa mereka yang hilang upaya sebahagiannya harus dijaga oleh anggota keluarga," katanya.

Mengenai skim bantuan lain bagi meringankan kos sara hidup harian dan bantuan sara hidup veteran tidak berpencen, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran menyediakan skim bantuan sara hidup iaitu sebanyak RM500 sebulan, berbanding RM300 sebelumnya.

"Hingga Februari tahun ini, sebanyak 31,858 veteran menerima bantuan tersebut dengan peruntukan RM31.65 juta.

"Bagi inisiatif perumahan veteran, sasaran pembinaan rumah baharu bagi veteran pada tahun ini sebanyak 60 rumah manakala pembaikan rumah veteran pula kita sasarkan 220 buah rumah," katanya.

Mengenai Pingat Jasa Malaysia (PJM), Adly berkata status terkini jumlah penerima PJM adalah 45,764 orang dan masih berbaki 76,052 orang.

"Pingat ini merupakan Campaign Medal dianugerahkan kepada veteran ATM yang berkhidmat semasa operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau dikenali Perkhidmatan Semasa Darurat Kedua (1 Jan 1969 hingga 2 Dis 1989) atau hingga 17 Okt 1990 bagi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

"Kementerian komited untuk terus menyampaikan PJM kepada Veteran ATM yang berkelayakan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 2 mins ago