Translate

12 March 2025

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum



PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum

Bernama

12/03/2025


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, agama, kaum dan bangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menjadi ejen perpaduan dan membantu menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Beliau menekankan pentingnya menghentikan isu perpecahan dan mengamalkan sikap saling menghormati untuk kesejahteraan negara.

Perdana Menteri juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan terhadap isu yang sama.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika menghadiri Majlis Iftar Bersama Pengamal Media di Angkasapuri malam tadi.

"Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri telah bertemu trio DJ Era FM, di mana Perdana Menteri memberi nasihat kepada mereka dan berpesan sentiasa membawa mesej perpaduan dalam tugasan harian mereka. Alhamdulillah, mesej Perdana Menteri bukan saja menjurus kepada mereka, namun kepada semua pihak.

"Perdana Menteri juga berharap rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dapat menoktahkan isu perpecahan dan terus bergerak ke hadapan bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta negara sentiasa terpelihara, selain mengamalkan sikap saling menghormati," katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Tunku Nashrul turut menyampaikan penghargaan Perdana Menteri kepada mana-mana pihak yang telah menghentikan sebarang unsur negatif atau cubaan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Sementara itu, mengenai perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan terhadap isu yang sama, Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara tersebut sekali lagi.

"Perdana Menteri ingin tegaskan bahawa semua pihak perlu memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan sebelum ini, hatta berlakunya perbezaan hukuman dan kompaun yang dikenakan.

"Sebarang tanggapan atau perkongsian maklumat tidak tepat akan hal ini, akan hanya mencetuskan persepsi tidak sihat tatkala kita semua dituntut untuk terus menyemai benih keharmonian dan kesejahteraan masyarakat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Nashrul berkata Perdana Menteri hari ini turut mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri dan sebarang keputusan atau hasil perbincangan akan dimaklumkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, petang ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 14 mins ago