Translate

13 March 2025

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April



Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April

Bernama

12/03/2025


Menurut syarikat penerbangan itu, bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin pada semua penerbangan SIA dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar. - Gambar fail/Reuters


SINGAPURA: Pelanggan Singapore Airlines (SIA) tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat sepanjang tempoh penerbangan mereka berkuat kuasa 1 April.

Pelanggan Singapore Airlines (SIA) tidak dibenarkan menggunakan atau mengecas bank kuasa melalui port USB dalam pesawat mulai 1 April.

Bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar, dengan kapasiti sehingga 100Wh tanpa kelulusan khas.

Langkah ini diambil untuk mematuhi Peraturan Barangan Berbahaya IATA dan mengurangkan risiko kebakaran dalam pesawat.

Dalam satu pemakluman yang dikeluarkan pada Rabu, ia menyatakan bahawa Kumpulan SIA mematuhi Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengenai pengangkutan bank kuasa, yang diklasifikasikan sebagai bateri litium.

"Ini bermakna bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin pada semua penerbangan SIA dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar," kata syarikat penerbangan itu.

Ia juga menyatakan bahawa pelanggan boleh membawa bank kuasa dengan kapasiti sehingga 100Wh tanpa kelulusan khas, manakala mereka yang antara 100Wh dan 160Wh memerlukan kelulusan syarikat penerbangan.

Scoot, anak syarikat tambang rendah SIA, turut mengeluarkan kenyataan serupa di Facebook.

Langkah terbaru SIA itu menyusuli sekatan serupa yang diperkenalkan beberapa syarikat penerbangan di Asia susulan risiko kebakaran dalam pesawat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Buffalo viewed 'Majority of Malaysians Rally around Golden Gymnast' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua lelaki ditahan, lebih 42 kg bunga kanabis dira' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macamana Gaji CEO Perkeso, HRD Corp dan Talent Cor' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Indiana viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Florida viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Cakung barat viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 3 hrs 21 mins ago