Translate

14 March 2025

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat



Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat

Bernama

14/03/2025


Orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan bagi mengawal jangkitan penyakit itu. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata Kuala Terengganu mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 198 kes diikuti Kuala Nerus (66 kes), Setiu (57 kes), Dungun (55 kes), Marang (47 kes), Hulu Terengganu (45 kes), Kemaman (38 kes) dan Besut (27 kes).

"Jumlah kes HFMD itu meningkat 100 kes berbanding tempoh sama tahun lepas. Setakat ini sebanyak 10 kluster dilaporkan termasuk sembilan di taska dan satu di tabika.

"Kluster dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan peningkatan kes di Terengganu, Wan Sukairi menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa agar mengambil langkah pencegahan bagi mengawal jangkitan penyakit itu.

Antaranya elak daripada membawa kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan ke tempat awam dan mengamalkan langkah kebersihan di premis seperti taska dan tabika.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 5 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mamp' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musn' 18 mins ago
A visitor from Cainta viewed 'Updates from The Hague hours before Duterte faces ' 19 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 39 mins ago