Translate

25 March 2025

Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar pemandu wanita Vietnam di Jelutong



Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar pemandu wanita Vietnam di Jelutong

Bernama

24/03/2025


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya menerima beberapa arahan baharu bagi melengkapkan semula kertas siasatan itu, antaranya laporan bedah siasat dan laporan kimia daripada jabatan serta agensi lain. - BERNAMA


GEORGE TOWN: Polis telah menghantar kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), berhubung kes kemalangan membabitkan remaja lelaki yang maut akibat dilanggar seorang pemandu kereta warga Vietnam ketika sedang berjalan kaki di Jelutong di sini, Februari lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya menerima beberapa arahan baharu bagi melengkapkan semula kertas siasatan itu, antaranya laporan bedah siasat dan laporan kimia daripada jabatan serta agensi lain.

"Polis memang menjalankan siasatan kes itu secara menyeluruh dan telah melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya kepada TPP, cuma ada beberapa arahan baru yang pegawai penyiasat sedang lengkapkan semula," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata wanita warga Vietnam itu tidak direman selepas beliau ditahan berikutan kemalangan tersebut, berikutan polis telah menyelesaikan siasatan terhadapnya dalam tempoh 24 jam.

"Permohonan reman hanya akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sekiranya siasatan polis terhadap seseorang yang ditahan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam selepas tangkapan," katanya yang menafikan tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu.

Hamzah berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar mengenai seorang bapa Ch'ng Hock Soo, 54, yang bingung mengapa suspek masih belum didakwa di mahkamah berhubung kejadian langgar membabitkan anaknya Thomas Ch'ng Kai Hen, 18.

Terdahulu media melaporkan dalam kemalangan 19 Feb itu, Kai Hen yang sedang menunggu keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) maut di tempat kejadian, apabila kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan mabuk oleh wanita Vietnam itu merempuh beliau dan rakan-rakan ketika sedang berjalan di tepi Jalan Jelutong.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aliran trafik di Gua Musang mulai sesak di pintu m' 3 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 23 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'KL court official called back to court for trial |' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 Beranak Antara 5 Maut Nahas 4 Kenderaan | BEST F' 33 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik ha' 47 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Two reports of incidents of rape and sodomy involv' 48 mins ago
A visitor from Miami viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago