Translate

19 March 2025

HKK 2025 ditangguhkan untuk penambahbaikan format penganjuran - Fahmi



HKK 2025 ditangguhkan untuk penambahbaikan format penganjuran - Fahmi

Bernama

18/03/2025


Fahmi beramah mesra dengan Pengusaha-pengusaha Batik Terengganu ketika meluangkan masa mengunjungi Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2025 yang sepatutnya berlangsung pada Februari lepas, ditangguhkan berikutan terdapat beberapa penambahbaikan yang sedang dibuat supaya format penganjurannya dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata hal ini kerana format HKK yang sudah diadakan selama 22 tahun itu agak sama setiap kali penganjuran hari kraf berkenaan.

"Saya percaya dalam masa yang tidak terlalu lama HKK akan muncul semula mungkin dalam format yang lebih baik dan lebih-lebih lagi sempena Kepengerusian ASEAN untuk mempromosikan produk tempatan," katanya yang juga jurucakap Kerajaan MADANI kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengunjungi Bazar Kraf Aidilfitri anjuran Persatuan Pengusaha-Pengusaha Batik Terengganu di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Susulan penangguhan itu, Fahmi berkata penganjuran Bazar Kraf Aidilfitri yang mengetengahkan produk batik, songket dan kraf tangan tempatan di Kompleks Kraf Conlay, di sini bermula hari ini, dilihat dapat menyokong ekosistem seni dan kraf di Malaysia.

Justeru, beliau mengajak orang ramai untuk mengunjungi bazar yang menawarkan pelbagai pilihan produk karya pengusaha tempatan untuk digayakan pada lebaran ini antaranya tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan.

Selain itu, Fahmi berkata beliau bercadang mengadakan usaha sama antara MyCreative Ventures dengan pengusaha kraf tempatan untuk menganjurkan Pesta Rakyat dan program Riuh bagi menonjolkan usahawan-usahawan termasuk daripada industri kraf tangan.

Bazar Kraf Aidilfitri 2025 yang berlangsung selama 10 hari hingga 27 Mac itu melibatkan penyertaan 80 usahawan dari Terengganu, Kelantan, Selangor, Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Bazar berkenaan yang menawarkan pelbagai jenis batik, songket, perhiasan perak, produk rotan dan aksesori seperti beg tangan, songkok dan tarbus, dibuka mulai 10 pagi hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan hingga 10 malam pada Jumaat, Sabtu serta Ahad.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nevada viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 19 secs ago
A visitor from Maryland viewed 'UBER CEO Argues with UBER Driver | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung' 8 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Boleh Pinjam RM5,000? - Penipuan guna nama Speaker' 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from New york viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung' 37 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 38 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'Lelaki OKU tu' 48 mins ago