Translate

01 October 2024

Video lelaki lepas tembakan di tempat awam adalah operasi tembak gagak



Video lelaki lepas tembakan di tempat awam adalah operasi tembak gagak

Bernama

01/10/2024



Rakaman video yang tular pada Isnin menunjukkan seorang individu melepaskan tembakan di kawasan awam di Subang Jaya, dekat sini, adalah operasi menembak gagak yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya.

KUALA LUMPUR: Rakaman video yang tular pada Isnin menunjukkan seorang individu melepaskan tembakan di kawasan awam di Subang Jaya, dekat sini, adalah operasi menembak gagak yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, operasi yang dijalankan pada Sabtu lepas telah mendapat kelulusan pihak Unit Pelesenan Senjata Api, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Beliau berkata, operasi berkenaan juga telah dimaklumkan kepada orang ramai melalui notis oleh MBSJ.

"Operasi disertai 25 peserta terdiri daripada orang awam yang memiliki lesen senjata api sah dan pihak penganjur juga mengambil langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular satu rakaman video mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Wan Azlan berkata, operasi yang diadakan bagi mengawal populasi gagak itu berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 7 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Had pembelian beras tempatan kini lima kampit | BE' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjay' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hannah harap siasatan kes Faisal Halim diteruskan ' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed '215,172 majikan ditawarkan diskaun FCLB sempena pe' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Peniaga rugi RM150,000 terperdaya pelaburan ternak' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 46 mins ago