Translate

22 October 2024

Lelaki Pakistan maut ditikam



Lelaki Pakistan maut ditikam

Bernama

22/10/2024


Menurut Polis Daerah Timur, siasatan lanjut berhubung kes seorang lelaki Pakistan maut ditikam di Pulau Tikus semalam masih dijalankan, termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca kejadian.



GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas ditikam seorang lelaki disyaki warga tempatan dalam kejadian di Pulau Tikus di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata kejadian itu berlaku pada 5 petang dan mangsa berusia 48 tahun yang cedera parah telah dibawa ke sebuah klinik swasta di Jalan Datuk Keramat di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Mangsa dibawa ke klinik swasta tersebut oleh rakannya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira 6 petang tadi dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek dan mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.

Lee berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED