Translate

14 October 2024

JSPT Melaka lancar 'Jammed Squad' untuk tangani kesesakan trafik



JSPT Melaka lancar 'Jammed Squad' untuk tangani kesesakan trafik

Bernama

14/10/2024


Roslan berkata bagi hujung minggu dan cuti umum, pemantauan akan bermula pada 10 pagi sehingga aliran trafik kembali lancar. - Gambar FB JSPT Melaka


MELAKA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka melancarkan 'Jammed Squad' sebagai inisiatif melancarkan penyuraian trafik sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan utama sekitar negeri itu, khususnya pada waktu puncak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka Supt Roslan Mohamed @ Ab Aziz berkata pasukan khas yang dilancarkan pada Jumaat lepas itu juga bertujuan mengurangkan kadar kemalangan di lokasi terbabit.

"'Jammed Squad' yang ditubuhkan akan menjalankan pemantauan di lokasi yang dikenal pasti sebagai laluan utama kenderaan, dan anggota yang terlibat akan membantu mengawal serta menyuraikan aliran trafik.

"Pemantauan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama akan dilaksanakan dalam dua sesi, iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 7 pagi hingga 8 pagi dan 4.45 petang hingga 6.45 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roslan berkata bagi hujung minggu dan cuti umum, pemantauan akan bermula pada 10 pagi sehingga aliran trafik kembali lancar.

Beliau turut berharap agar pengguna jalan raya dapat memberikan kerjasama kepada anggota trafik yang bertugas, tidak melakukan kesalahan dan sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya ditetapkan.

Katanya pengguna boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas atau kemalangan jalan raya di media sosial JSPT Melaka iaitu di Facebook (JSPT Melaka) dan TikTok (Jsptipk_melaka).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED