Translate

17 October 2024

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah



Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah

Bernama

17/10/2024


Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.54 peratus atau 8.81 mata kepada 1,641.44 daripada paras penutup 1,632.63. pada Rabu. - Gambar fail/Bernama



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.54 peratus atau 8.81 mata kepada 1,641.44 daripada paras penutup 1,632.63. pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 1.84 mata kepada 1,634.47, bergerak turun naik antara paras 1,633.72 dan 1,642.93 semasa sesi dagangan.

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 634 berbanding 391, 492 kaunter kekal tidak berubah, 976 tidak diniagakan dan 18 digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.68 bilion unit bernilai RM2.45 bilion berbanding 2.79 bilion unit bernilai RM3.16 bilion pada hari Rabu.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran serantau ditutup rendah hari ini, dengan saham hartanah di China dan Hong Kong mencatatkan jualan besar-besaran apabila taklimat kementerian perumahan China gagal meyakinkan pelabur.

Beliau berkata saham Jepun juga menyusut susulan laporan eksport September yang turun sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun, menandakan potensi kelemahan ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata pasaran sedang pesat membangun serantau menerima minat belian apabila pelabur asing mengalihkan dana mereka ke negara-negara ini, tertarik dengan prospek pertumbuhan yang lebih baik.

"Di pasaran tempatan, indeks petunjuk pasaran kekal dalam keadaan stabil apabila pendekatan berhati-hati global telah menjejaskan sentimen pelabur, membayangkan indeks itu mungkin akan berlegar dalam jajaran dagangan kecil.

"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam jajaran 1,630-1,650 menjelang hujung minggu," kata Thong kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, RHB Bank meningkat 19.0 sen kepada RM6.48, Sunway dan Public Bank naik 8.0 masing-masing kepada RM4.47 dan RM4.54, Sime Darby menokok 4.0 sen kepada RM2.42, dan SD Guthrie menambah 7.0 sen kepada RM4.68.

Dalam kalangan kaunter cergas, Aizo meningkat 1.0 sen kepada 15.5 sen, SMTrack dan Focus Dynamics tidak berubah masing-masing pada 2.0 sen dan 2.5 sen, SP Setia naik 8.0 sen kepada RM1.39, dan Sime Darby Property menokok 1.0 sen kepada RM1.51.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat sebanyak 54.60 mata kepada 12,323.56, manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 51.90 mata kepada 12,217.46.

Indeks FBMT 100 meningkat 53.92 mata kepada 12,025.74, Indeks FBM 70 menokok 39.45 mata kepada 17,622.62, dan Indeks FBM ACE melonjak 31.26 mata kepada 5,092.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 139.89 mata kepada 19,455.24, Indeks Tenaga mengukuh 6.94 mata kepada 856.30, Indeks Perladangan meningkat 49.75 mata kepada 7,250.23, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.25 mata kepada 175.23.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.27 bilion unit bernilai RM2.18 bilion daripada 1.66 bilion unit bernilai RM2.93 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.00 bilion unit bernilai RM165.06 juta berbanding 853.42 juta unit bernilai RM148.88 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 404.38 juta unit bernilai RM103.39 juta daripada 272.28 juta unit bernilai RM83.56 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 217.21 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (291.72 juta), pembinaan (88.99 juta), teknologi (119.47 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (88.95 juta), hartanah (246.59 juta), perladangan (15.55 juta), REITs (14.08 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (74.80 juta), penjagaan kesihatan (44.80 juta), telekomunikasi dan media (23.21 juta), pengangkutan dan logistik (13.47 juta) utiliti (39.78 juta) dan amanah perniagaan (452,900).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED