Translate

23 October 2024

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'



ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'

Astro Awani

23/10/2024


Amina Josetta Kayani (foto) menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengenal pasti tanda bahaya penipuan dan kekal berwaspada. -Gambar fail/ABM


KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) sedang meningkatkan usaha untuk memerangi jenayah penipuan atau ‘scam’ dan melindungi pengguna daripada menjadi mangsa.

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank dan pihak berkepentingan lain untuk menghentikan jenayah penipuan dan melindungi pengguna.

Pengarah Eksekutif ABM, Amina Josetta Kayani, menekankan pentingnya meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengenal pasti tanda bahaya penipuan dan kekal berwaspada.

Pasukan petugas industri termasuk pihak polis, syarikat telekomunikasi, dan SKMM turut terlibat dalam usaha ini.

ABM memberi tumpuan khusus kepada kumpulan rentan seperti warga emas dan golongan kurang upaya melalui kempen kesedaran seperti program JanganKenaScam dan bengkel antipenipuan peringkat antarabangsa.

Pengarah Eksekutif ABM, Amina Josetta Kayani berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

“Malangnya, apabila kita semakin cekap menangani penipuan, penipu juga semakin licik. Menghalang penipuan diumpamakan seperti menyasarkan sasaran yang sentiasa bergerak," ujarnya.

Beliau percaya langkah terbaik adalah dengan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengenal pasti tanda bahaya dan kekal berwaspada.

“Beberapa langkah pencegahan termasuk usaha pasukan petugas industri yang melibatkan pihak polis, syarikat telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan pihak berkepentingan lain.

“Pasukan petugas ini kerap mengadakan perbincangan dan menjalankan kempen seperti program JanganKenaScam serta bengkel antipenipuan peringkat antarabangsa,” tambah Amina ketika ditemui media pada Selasa.

Beliau turut menekankan pentingnya kesedaran masyarakat mengenai pelbagai cara penipuan berlaku dan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan rentan seperti warga emas dan golongan kurang upaya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED