Translate

20 October 2024

4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi



4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi

Bernama

20/10/2024


Keadaan pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air yang terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya. Foto Kemenhub RI


JAKARTA: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Keadaan pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air yang terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya. Foto Kemenhub RI

"Pesawat jenis PK SMH itu terhempas selepas terputus hubungan dengan pegawai AirNav Makassar.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin Gorontalo pada 7.30 pagi menuju ke Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato.

Namun, ia terputus hubungan sebelum dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato," kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Gorontalo, Heriyanto dalam satu kenyataan yang dipetik media tempatan.

Kesemua empat mangsa terdiri daripada seorang juruterbang, seorang pembantu juruterbang, seorang jurutera dan seorang penumpang.

Punca nahas masih dalam siasatan.

- Bernama





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED