Translate

22 September 2024

Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah



Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah

Bernama

22/09/2024



Tertuduh (kanan) didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. -Sinar Harian

MACHANG: Seorang penganggur didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuang bayi lelaki yang masih bertali pusat di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini tiga minggu lepas.

Siti Nabila, 22, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana membuang bayi lelaki yang masih bertali pusat di Kampung Sungai Bedal, Temangan.

Dia mengaku bersalah dan akan dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Siti Nabila didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Amal Razin Alias menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Nabila, 22, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda itu.

Siti Nabila ibu kepada bayi berusia sehari itu didakwa meninggalkan bayi berkenaan dengan niat untuk membuangnya, di belakang sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Sungai Bedal pada 6 petang, 7 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan niat yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisya Nai'lah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED