Translate

14 September 2024

'Saya masih menyayangi Faz' - Fattah Amin nafi dakwaan curang

 'Saya masih menyayangi Faz' - Fattah Amin nafi dakwaan curang

Astro Awani

14/09/2024 

'Saya masih menyayangi Faz' - Fattah Amin nafi dakwaan curang
Fattah Amin (kiri) menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya selain Fazura (kanan), sekali gus menafikan dakwaan 'curang' yang heboh di media sosial sejak kebelakangan ini.


KUALA LUMPUR: PELAKON Fattah Amin menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya selain Fazura, sekali gus menafikan dakwaan 'curang' yang heboh di media sosial sejak kebelakangan ini.

Ringkasan AI

Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya selain Fazura dan menafikan dakwaan curang yang tersebar di media sosial.

Fattah terkejut dan sedih apabila mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan oleh Fazura melalui media sosial.

Fattah berharap agar isu keretakan rumah tangganya dapat diselesaikan dengan tenang dan memohon doa serta sokongan daripada orang sekeliling.


Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia terkejut apabila hanya mengetahui berita isterinya memfailkan perceraian melalui media sosial.

"Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

"Saya amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz," katanya kepada sebuah portal berita pada Sabtu.

Menurut Fattah, dia berharap orang luar dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isu keretakan rumah tangganya dapat diselesaikan secara tenang.

Dalam pada itu, Fattah dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada orang sekeliling.

"Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

"Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian," katanya.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED