Translate
09 September 2024
Saksi nafi tampar, duduk atas perut pegawai kadet TLDM
Saksi nafi tampar, duduk atas perut pegawai kadet TLDM
Bernama
09/09/2024
Pada 29 Julai lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan kematian Soosaimanicckam sebagai kes homisid. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan di Mahkamah Sesyen di sini, bahawa beliau duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali ketika mangsa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut.
Leftenan Abdul Ariff Abdul Halim, 29, berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Zaid Malek yang mewakili S. Joseph, iaitu bapa mendiang selaku plaintif dalam samannya terhadap 11 individu termasuk pegawai TLDM, Panglima TLDM, Majlis Angkatan Tentera Malaysia, Menteri Pertahanan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke-15.
Zaid Malek: Merujuk pernyataan saksi kamu, pada 18 Mei 2018 kamu menyatakan si mati tidak membuat latihan dan saya cadangkan pada waktu itu kamu duduk di atas perut si mati.
Abdul Ariff: Tidak.
Zaid Malek: Bukan sahaja kamu duduk di atas perut si mati, kamu kemudian menampar si mati berkali-kali serta menjerit dan menengking si mati.
Abdul Ariff: Tidak.
Sebelum ini, bekas pegawai kadet TLDM Anas Hakimi Mat memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat seorang pegawai berpangkat leftenan muda, duduk di atas perut Soosaimanicckam serta menamparnya berkali-kali dan pegawai berkenaan dikenali sebagai Leftenan Muda Ariff.
Terdahulu, Abdul Ariff ketika membacakan pernyataan saksinya berkata pada 18 Mei 2018, beliau bertugas sebagai Duty Leftenan Muda untuk memantau aktiviti fizikal yang dilakukan Pegawai Kadet Graduan (PKG) dan ketika itu beliau melihat si mati tidak membuat latihan tekan tubi.
"Saya telah pergi kepadanya (Soosaimanicckam) dan berada di belakang si mati dalam kedudukan half squat, lalu menepuk belakang badannya di kawasan bahu beberapa kali dan mengangkat badan si mati untuk membuatkan dia meneruskan latihan tersebut," katanya semasa prosiding perbicaraan kes dijalankan secara sidang video menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Saksi defendan kelapan itu yang kini sedang menjalani kursus Nautical Cartographer di Dalian Naval Academy, China bermula 1 Ogos 2024 sehingga 31 Jan 2025 berkata beliau tidak pernah bercakap dengan si mati dan hanya mengenali Soosaimanicckam sebagai pelatih PKG.
Sementara itu, pegawai perubatan Dr S. Saravanan, 43, memberitahu mahkamah bahawa hasil pemeriksaan bedah siasat yang dijalankan ke atas si mati mendapati, paru-paru si mati menunjukan tanda paru-paru berair (oedema pulmonari) dan berat paru- paru si mati melebihi paras normal.
"Oedema Pulmonari boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat sekiranya terdapat kegagalan organ-organ penting seperti jantung, hati, buah pinggang atau paru-paru. Dalam kes ini, saya berpendapat kegagalan paru-paru disebabkan oleh jangkitan kuman, sebagai punca si mati meninggal dunia dalam masa yang singkat," kata saksi terakhir defendan itu.
Saravanan, yang merupakan Ketua Jabatan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Seri Manjung Perak juga tidak bersetuju dengan cadangan seorang lagi peguam plaintif Latheefa Koya, bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan berkaitan forensik patologi.
"Saya mempunyai pengalaman menguruskan kes-kes bedah siasat di hospital berkenaan," kata saksi.
Hakim Idah Ismail kemudian menetapkan 28 Nov ini untuk keputusan kes saman itu.
Menerusi saman yang difailkan pada 19 Mei 2021, keluarga Soosaimanicckam mendakwa kecuaian berlaku di pihak defendan, kerana gagal memberi rawatan kecemasan apabila mangsa rebah pada hari kejadian dan cuai dalam memantau kesejahteraan serta kesihatannya semasa sesi latihan.
Pada 29 Julai lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan kematian Soosaimanicckam sebagai kes homisid dan punca kematian mangsa adalah akibat langsung daripada tindakan pegawai TLDM bertanggungjawab bagi latihan kadet, yang menafikan rawatan perubatan kepadanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
Tun Daim Zainuddin passes away 13/11/2024 KUALA LUMPUR: Former Finance Minister Tun Daim Zainuddin reportedly died this morning at the age ...
-
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA Astro Awani 18/11/2024 Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu ...
-
Dalam perkembangan terbaru dakwaan skandal rasuah, seorang pemberi maklumat mengeluarkan video tambahan, di samping lapan video perb...
-
RM800K and counting, Astro defends stories that matter in the battle against piracy Astro Awani 15/11/2024 Astro’s anti-piracy mission exten...
-
ZHUHAI, China, Nov 12 (Reuters) - A driver rammed his car into a crowd at a sports centre in southern China, killing 35 people and sever...
-
JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu Bernama 14/11/2024 Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukur...
Popular Posts - Last 30 days
-
McDonald's E. coli crisis reveals why vegetable contamination is 'harder problem' than beef Reuters 26/10/2024 Fresh produce is ...
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
Seorang maut, 49 lagi jatuh sakit di AS akibat jangkitan E.Coli Astro Awani 23/10/2024 CDC memaklumkan semua individu ditemu bual melaporka...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4265)
-
▼
Sept 2024
(381)
- Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenj...
- Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan, ke a...
- Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai -...
- Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pe...
- Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan...
- Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaa...
- Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung ...
- Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas ken...
- Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman le...
- Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
- GISB Travel & Tours antara 81 perusahaan dipercaya...
- Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu G...
- GISBH: Remand period of several individuals extended
- Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil...
- 80 Malaysia league matches use VAR - Sivasundaram
- Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat ...
- Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan ke...
- Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
- Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel k...
- Mayat Hassan Nasrallah ditemukan - Sumber
- Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept
- UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil
- UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni...
- Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima la...
- Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Univers...
- Rumah sampah KLCC terbakar
- Chelsea 4-2 Brighton | P4LMER bags ALL FOUR! - HIG...
- SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
- Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena...
- 'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disamb...
- PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebes...
- Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadap...
- Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tida...
- Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepad...
- Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang ...
- Unity Government leaders congratulate Syed Hussien...
- Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi D...
- PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
- Pope Francis, pressed by Belgium on sexual abuse, ...
- Mahkota voters go to the polls today
- LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majl...
- Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Gov...
- JDT-KCFC: Bidoglio tidak puas hati prestasi anak buah
- Naomi Campbell banned as charity trustee after pro...
- Malaysia eyes global AI hub status with AWS RM29.2...
- 83,700 students to benefit from "Anak Kita" progra...
- Saudi Arabia forms global alliance to push for Isr...
- Najib: BOD's job to manage SRC funds
- GISBH probe: Remand of four individuals extended
- Najib: US$70mil account is for CSR, not personal use
- PU Azman kena penjara 24 tahun kes amang seksual r...
- 56 years of Al-Arqam: From child exploitation to c...
- Dua Penjenayah Ditembak Mati
- Ustaz Ahmad Husam didakwa guna gelaran tidak diikt...
- Ahli GISBH rotan kanak-kanak kena penjara 10 tahun
- Former school assistant fined RM20,000 for falsify...
- Polis sahkan Syed Hussien tiada rekod sabitan jenayah
- AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk berop...
- Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding...
- PRK Mahkota: Pengundi tunai tanggungjawab esok
- No more single-use plastic bags at 20 retail chain...
- Buruh mengaku tidak bersalah cedera isteri guna se...
- JPN nafi hantaran tular 'Bantuan MyKad RM700 Fasa ...
- JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani i...
- Amang seksual terhadap anak tiri: Pekerja restoran...
- Malaysia di tangga ke-33 dalam Laporan Indeks Inov...
- KPDN conducting review of E-Commerce legislation t...
- NRES directs METMalaysia to review SOP on preparat...
- Act 852: A proactive step to safeguard public heal...
- HSR: Konsortium China-M'sia dalam pertimbangan lep...
- Taasub melampau, pengikut GISB rela dianiaya dan j...
- Pemilik boleh didenda jika pelihara baka anjing te...
- JAIS siasat 612 individu terkait GISB - Exco Agama
- PM Anwar Ibrahim - "Peralihan Tenaga Untuk Kesejah...
- Kastam kutip hasil RM41.68 bilion setakat 31 Ogos ...
- Sinkhole at Bunga Raya complex suspected to be cau...
- Fahmi confirms termination of J-Kom Director-Gener...
- Najib testifies he had no control over SRC interna...
- CCID nabs 17 over RM32.9mil investment scam
- Anura Kumara Dissanayake sworn in as Sri Lanka's n...
- Marxist AKD Takes Charge as Sri Lanka's President ...
- Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor
- Terre Haute's singing janitor wins America's Got T...
- Ira Kazar minta RM3,000, tapi Syamsul perlu bayar ...
- Helikopter bawa petugas KKM kembali dengan selamat
- Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam...
- Bukit Aman probing Melbourne video of Jalur Gemila...
- Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah
- Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Komplek...
- Sri Lankan president dissolves parliament, calls f...
- Four suspects linked to GISBH remanded for three days
- Najib denies directing SRC through Nik Faisal, cou...
- Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
- Strengthening Ringgit: MAPIM urges cross-politics ...
- Floods cause UK travel disruptions despite improve...
- Asian shares rally as China introduces largest sti...
- GISB: No parents have claimed children rescued in ...
- Blackpink's 'How You Like That' choreography video...
- Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus
- Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India ...
-
▼
Sept 2024
(381)