Translate

16 September 2024

RIUH Bah! akan terus dilaksana, beri peluang anak muda tunjuk bakat - Fahmi



RIUH Bah! akan terus dilaksana, beri peluang anak muda tunjuk bakat - Fahmi

Bernama

16/09/2024
Fahmi (tengah) meluangkan masa menyaksikan konsert sewaktu mengunjungi RIUH BAH! di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu malam tadi. --fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Acara RIUH Bah! akan terus dilaksanakan pada masa akan datang kerana ia memberi peluang yang baik untuk memperagakan keupayaan dan minat kreatif anak-anak muda, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata acara anjuran Kementerian Komunikasi melalui Kumpulan MyCreative Ventures itu terbukti dapat memberi ruang terutama kepada para usahawan dan pemuzik menunjukkan bakat masing-masing.

"Harapan saya ramai yang ambil kesempatan untuk menikmati persembahan yang disediakan, juadah yang dijual dan kraftangan yang diperagakan.







"Kita jangkakan lebih 20,000 pengunjung datang...acara ini program kebanggaan kementerian kerana berupaya menarik minat anak muda menonjolkan bakat," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke acara berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam tadi.

Acara RIUH Bah!, Kembara Riuh 2024 yang berlangsung bermula Sabtu itu menjadi acara pembuka tirai sambutan Hari Malaysia dijadual pada malam ini di Padang Merdeka di sini.

Acara itu turut menampilkan artis termasuk Anuar Zain, Estranged, IamNeeta dan artis tempatan Sabah di samping penyertaan 40 vendor kreatif serta 30 vendor makanan dan minuman.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED