Translate

15 September 2024

Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution



Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR berkuat kuasa serta-merta

Bernama

15/09/2024

Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta, bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta merta, bagi menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Saifuddin Nasution yang merupakan Menteri Dalam Negeri telah melepaskan jawatan itu, bagi menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata perkara itu antara penyusunan semula beberapa jawatan penting yang diputuskan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini, dalam usaha untuk memantapkan gerak kerja parti.







"Pada masa yang sama, jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang sebelum ini disandang oleh Fuziah, akan digantikan oleh Rizal Jamin.

"Untuk negeri Perak pula, Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai Pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Chang Lih Kang, manakala Lih Kang terus menjawat Naib Presiden PKR.

"Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak dan kesemua lantikan ini berkuat kuasa serta merta," katanya.

Selain itu, Nik Nazmi berkata MPP PKR, turut bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dengan dianggotai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh, Bendahari Agung William Leong, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita Juwairiya Zulkifli, manakala Saifuddin dilantik sebagai penasihat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED