Amir Hamzah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Parlimen. - Bernama
Rombakan Kabinet: CEO KWSP dilantik Menteri Kewangan II
ASTRO AWANI
Disember 12, 2023 11:37 MYT
Rombakan Kabinet: CEO KWSP dilantik Menteri Kewangan II
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
PUTRAJAYA : Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebentar tadi.
Perubahan utama antara lain membabitkan satu daripada portfolio Timbalan Perdana Menteri, jawatan Menteri Kewangan II, pengwujudan semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan pemisahan dua kementerian.
Jawatan Menteri Kewangan II disandang oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Sementara Datuk Armizan Mohd Ali dilantik menggalas tugas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baru menggantikan Allahyarham Salahuddin Ayub.
Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kembali memegang portfolio Menteri Kesihatan menggantikan Dr Zaliha Mustafa.
Manakala Dr. Zaliha berpindah portfolio di Kementerian Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dibubarkan bagi mewujudkan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Pada masa sama, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang diterajui Fahmi Fadzil dipisahkan bidang kuasa.
Fahmi akan menerajui kementerian bertumpu kepada aspek komunikasi manakala bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo akan bertanggungjawab terhadap portfolio Kementerian Digital.
Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim pula dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia menggantikan V Sivakumar.
Manakala bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Sementara itu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini diterajui Nik Nazmi Nik Ahmad telah dipecah kepada dua.
Datuk Seri Fadillah Yusof yang ketika ini seorang daripada dua daripada Timbalan Perdana Menteri bakal menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Kelestarian Awam.
Rombakan ini turut membabitkan Datuk Seri Mohamad Hassan yang kini Menteri Pertahanan berpindah kementerian sebagai Menteri Luar yang ketika ini disandang Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Zambry pula akan menerajui Kementerian Pengajian Tinggi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berpindah ke Kementerian Pertahanan.
Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM, Zulkifli Hasan sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Berikut adalah senarai yang diumumkan:
Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan PM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan PM II: Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasni Habibollah
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: M Kulasegaran
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan
Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong
Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan: K Saraswathy
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Seri Mohd Na'im Mokhtar
Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukannisman Awang Sauni
Menteri Digital: Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri Digital: Datuk Ugak Anak Kumbong
Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad