Translate

18 December 2023

Kedai serbaneka dalam video viral yang disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis


 Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis

Bernama

Disember 18, 2023 16:16 MYT

Kedai serbaneka disyaki jalankan aktiviti judi sudah ditutup - Polis

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu video tular memaparkan sekumpulan lelaki menegur pekerja kedai serbaneka terbabit. - Gambar fail/BERNAMA

IPOH: Polis mendapati kedai serbaneka yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen di Taman Rishah di sini sudah tidak beroperasi dan ditutup.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu video tular memaparkan sekumpulan lelaki menegur pekerja kedai serbaneka terbabit.

Beliau berkata premis berkenaan telah beberapa kali diambil tindakan oleh pihak polis dengan penahanan dan pemotongan bekalan elektrik.

"Namun begitu, pemantauan dan pengumpulan risikan terhadap premis ini akan diteruskan berdasarkan maklumat yang tular.

"Polis juga mendapati aktiviti perjudian tanpa lesen sebegini yang sentiasa bertukar taktik operasi dan berpindah tempat operasi bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa undang-undang," katanya.

Beliau berkata sekumpulan lelaki dalam video itu juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Yahaya berkata sebanyak lapan serbuan dan tangkapan berkaitan perjudian berjaya dilakukan di Taman Rishah sepanjang tahun ini.

Beliau berkata tindakan diambil mengikut Seksyen 21a (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu premis yang didapati menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen telah dipotong bekalan elektrik.

Pihaknya turut mengalu-alukan penyaluran maklumat oleh orang awam menerusi Pusat Kawalan Daerah di talian 05-2542222.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED