Translate

17 December 2023

Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi



Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi

Bernama

Disember 17, 2023
Fahmi (foto) berkata ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian. -Gambar fail/Bernama

Cukai jualan belian dalam talian hanya terpakai pada produk import bawah RM500 - Fahmi

Fahmi (foto) berkata ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Jan 2024 hanya terpakai bagi produk yang diimport bernilai RM500 ke bawah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

"Yang penting untuk dijelaskan ia hanya terpakai bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia.



"Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut.

"Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk maklumat lebih terperinci dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham kenapa ia dilaksanakan dan apa kategori produk yang terkesan," katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memaklumkan negara akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan 2024.

Mengenai program R.E.N.E.W anjuran Institut Pengajian Profesional Pendidikan Berterusan (iCEPS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata program itu merupakan insiatif yang baik ke arah melestarikan alam sekitar.

Beliau berkata program kesedaran mengenai minyak masak terpakai itu difahamkan berjaya mengumpul lebih 100 kilogram (kg) minyak masak terpakai semalam, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran komuniti setempat di sekitar Lembah Pantai terhadap aspek pengurusan minyak masak terpakai.

Turut hadir Pengarah Jabatan Projek Khas dan Pembangunan Perniagaan iCEPS merangkap Penasihat Program R.E.N.E.W Shira Haniza.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED