Translate

27 December 2023

Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan



Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan
ASTRO AWANI

Disember 27, 2023
Armizan menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera. - Foto fail/ Astro AWANI

Isu stesen Petronas kehabisan bekalan diesel telah selesai - Armizan

Armizan menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera. - Foto fail/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Isu kehabisan stok bekalan diesel yang dihadapi Petronas Dagangan Berhad (PDB) di beberapa stesen Petronas di seluruh negara sudah diselesaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, PDB sedang mengerakkan bekalan tambahan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi menangani isu itu dengan segera.

"Isu ini telah diselesaikan hari ini dan kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah berkomunikasi dengan PDB.







"Saya sendiri telah menghubungi pihak pengurusan PDB," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Rabu.

Sebelum ini, PDB menerusi satu kenyataan mengakui beberapa stesennya di seluruh negara berdepan kehabisan stok bekalan diesel.

PDB memaklumkan perkara itu dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini.

Justeru, PDB memohon maaf di atas sebarang kesulitan dihadapi selain memberi jaminan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi meminimumkan gangguan berkenaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 43 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 12 individu disyaki tawar pekerjaan ti' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Remaja enggan pulang ke asrama dilapor hilang | BE' 33 mins ago
A visitor from Jakarta viewed 'Indonesian fugitive Djoko Tjandra Arrested in Mala' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Al muharraq viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KKM Harap Akta 342 Dipinda Segera (1 Video) | BEST' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Chihuahua viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Buenos aires viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 36 mins ago
A visitor from San francisco viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 1 hr 39 mins ago