Translate

24 December 2023

Tiada kompromi pemilik premis sewa lesen, gaji pendatang - Dr Zaliha



Tiada kompromi pemilik premis sewa lesen, gaji pendatang - Dr Zaliha

Bernama

Disember 23, 2023
Dr Zaliha telah mengarahkan DBKL untuk melakukan pemantauan berkala bagi memastikan isu sedemikian dapat diatasi. - Gambar fail

Tiada kompromi pemilik premis sewa lesen, gaji pendatang - Dr Zaliha

Dr Zaliha telah mengarahkan DBKL untuk melakukan pemantauan berkala bagi memastikan isu sedemikian dapat diatasi. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Semua pemilik premis perniagaan di Kuala Lumpur diingatkan supaya mematuhi segala peraturan khususnya melibatkan pekerja asing, yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau telah mengarahkan DBKL untuk melakukan pemantauan berkala terhadap perkara itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan pendatang tanpa izin dapat dibanteras.

"Mereka (pemilik premis) perlu menggunakan saluran yang betul jika hendak mengambil pekerja asing dan perlu mengelak sama sekali menggaji pendatang tanpa izin," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia yang telah menyerbu dan menangkap pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur dua hari lepas.

Dalam serbuan Khamis lepas, sebanyak 1,101 warga asing kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan selepas hampir satu batalion pegawai dan anggota polis daripada PGA menyerbu Jalan Silang atau terkenal dengan jolokan "Mini Dhaka".

Operasi dilakukan ekoran aduan daripada orang awam yang rimas dengan perlakuan warga asing yang bertindak memonopoli premis perniagaan di kawasan itu dan bertindak besar kepala dengan penduduk tempatan, selain menjadikan kawasan itu seolah-olah perkampungan mereka.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED