Translate

17 December 2023

Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid sebagai timbalan



Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid sebagai timbalan

Bernama

Disember 17, 2023 00:45 MYT

Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial Al-Rashid sebagai timbalan




Ketua Pemuda Amanah Nasional Senator Mohd Hasbie Muda (kanan) bergambar bersama Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (kiri). - BERNAMA

Ketua Pemuda Amanah Nasional Senator Mohd Hasbie Muda (kanan) bergambar bersama Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (kiri). - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan sayap parti itu malam ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Amanah bagi tempoh sama.

Mohd Hasbie sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pemuda Amanah pada 23 Okt 2021 menggantikan Shazni Munir Mohd Ithnin yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada 6 Ogos tahun sama.







Pemilihan oleh 572 perwakilan malam ini turut menyaksikan Muhammad Faris Arriffin, Mohammad Ammar Atan dan Mohd Zulhazmi Hassan dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Amanah.

Selain itu, Dr Mohd Izzuddin Nazaruddin dipilih sebagai Speaker Pemuda Amanah dan Mohd Hazmir Suboh sebagai timbalannya manakala Luqman Al Fudail Abdul Karim serta Muhamad Haris Abdul Omar sebagai juruaudit.

AMANAH-PEMUDA (PEMILIHAN) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Mohd Hasbie dalam ucapan penangguhan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 merakamkan ucapan terima kasih atas pemilihan itu dan menzahirkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tiga tahun memimpin Pemuda Amanah.

"Pada pemilihan hari ini, perwakilan menunjukkan isyarat tegas dan merupakan kombinasi kesatuan yang baik serta harus kita rangkul potensi yang ada dalam Pemuda untuk memastikan Pemuda Amanah kuat di peringkat nasional," katanya.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Sesi 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023:

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Sesi 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023:
  1. Mohd Hasbie Muda (Ketua Pemuda)
  2. Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Timbalan Ketua)
  3. Muhammad Faris Arriffin (Naib Ketua I)
  4. Mohammad Ammar Atan (Naib Ketua II)
  5. Mohd Zulhazmi Hassan (Naib Ketua III)
  6. Dr Mohamed Nashrudin Naharudin
  7. Mohammad Mirzan Abdul Majid
  8. Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda
  9. Mohd Firdaus Mokhtar
  10. Muhammad Nur Hafiz Roslan
  11. Muammar Qaddafi Mohd Nasir
  12. Muaz Abdullah
  13. Mohd Azhar Abdul Rahman
  14. Fakhrul Razi Hamdan
  15. Ridhuan Esa
  16. Ammar Izham
  17. Muhammad Taqiuddin Cheman
  18. Asim 'Abdullah Ainullotfi
  19. Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar
  20. Ahmad Shahir Mohd Shah
  21. Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi
  22. Renddypeper Ismail
  23. Khairol Najib Hashim
  24. Omar Tuah
  25. Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
  26. Aizat Mustaqim Ruslan
  27. Mohd Hanis Mohd Alimin

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED