Translate

20 December 2023

Tiga warga asing sedia khidmat RTK 2.0 ditahan



Tiga warga asing sedia khidmat RTK 2.0 ditahan

Bernama

Disember 20, 2023
Baharuddin (dua, kanan) dan anggotanya menunjukkan beberapa naskah pasport antarabangsa dari Indonesia, Bangladesh dan India serta wang tunai yang dirampas pada sidang media hari ini. - Foto Bernama

Tiga warga asing sedia khidmat RTK 2.0 ditahan

Baharuddin (dua, kanan) dan anggotanya menunjukkan beberapa naskah pasport antarabangsa dari Indonesia, Bangladesh dan India serta wang tunai yang dirampas pada sidang media hari ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor kerana menawarkan perkhidmatan pembaharuan permit kerja melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Flying Passport di Tampoi di sini, semalam.

Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir berkata suspek yang ditahan pada 1.55 tengah hari itu terdiri daripada dua warga Bangladesh dan seorang warga Myanmar dengan kesemua berusia lingkungan 20-an.

"Sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun lalu dengan bayaran RM6,500 bagi satu permohonan. Modus operandi suspek adalah dengan mencari dan mengumpul pasport pekerja asing dari rumah ke rumah yang telah disasarkan mereka.







"Sasaran terdiri daripada warga asing yang mempunyai masalah dalam permohonan lanjutan permit kerja serta pendaftaran Program RTK 2.0," katanya pada sidang media di Pejabat JIM Johor, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek mendakwa sebagai pengerusi syarikat, manakala dua yang lain bertindak sebagai 'runner'.

"Imigresen Johor turut menyita sebuah kenderaan jenis Lexus RX berwarna hitam selain merampas tiga pasport antarabangsa Bangladesh dan Indonesia, sebuah komputer riba, sebuah 'external hard disk' yang mengandungi pelbagai maklumat permohonan RTK 2.0, sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,058.

"Jabatan Imigresen tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan permohonan RTK 2.0. Jika ada individu berbuat demikian, itu adalah sindiket yang mengaut keuntungan dengan bayaran tinggi," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Baharudin turut memberitahu JIM Johor telah menumpaskan tiga sindiket penipuan berkaitan pembaharuan permit kerja melalui RTK 2.0 dan Flying Passport sepanjang bulan ini.

"Ops Serkap pertama yang dibuat di Iskandar Puteri pada 3 Dis lepas berjaya menahan seorang wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga China bersama lima pasport China dan wang tunai berjumlah RM12,100.

"Ops Serkap kedua pula dijalankan pada 8 Dis lepas dengan JIM Johor berjaya memberkas pasangan warga asing di sebuah rumah flat di Pasir Gudang," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED