Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Astro Arena
Disember 26, 2023
Stadium Jiangsu menjadi saksi Ketua Jurulatih pasukan remaja kebangsaan, Juan Garrido Torres, mengubah percaturan berbanding pertemuan pertama Sabtu lalu.- Foto FAM
Skuad B-23: Pengajaran kekalahan 1-2 kepada China
Stadium Jiangsu menjadi saksi Ketua Jurulatih pasukan remaja kebangsaan, Juan Garrido Torres, mengubah percaturan berbanding pertemuan pertama Sabtu lalu.- Foto FAM
SKUAD B-23 negara tumpas 1-2 dalam perlawanan antarabangsa bertemu pasukan pelapis China, sebentar tadi.
Stadium Jiangsu menjadi saksi Ketua Jurulatih pasukan remaja kebangsaan, Juan Garrido Torres, mengubah percaturan berbanding pertemuan pertama Sabtu lalu.
Paling ketara, bahagian penjaga gol yang menyaksikan kesilapan Rahadiazli Rahalim dihukum oleh gol tandukan Du Yuesheng pada minit ke-5.
Penjaga gol itu agak gopoh ketika cuba mematahkan sepakan percuma tuan rumah di udara.
Namun, Aliff Izwan Yuslan kembali mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-34, namun dia menerima padah berselang beberapa minit kemudian akibat kad kuning kedua.
Begitupun, Malaysia makin tempang selepas dihukum 1-2 menerusi sepakan percuma di dalam kotak penalti oleh Tao Qianlong.
Ia tidak menyekat pemain negara untuk terus memberikan saingan di sebalik kekurangan seorang pemain.
Namun, tugas itu terlalu sukar untuk sebarang kebangkitan bagi kedudukan kekal hingga wisel penamat
Keputusan Masa Penuh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 26, 2023
Perlawanan Antarabangsa Tier 2 | Selasa, 26 Disember 2023
CHINA B-23 🇨🇳 2-1 🇲🇾 MALAYSIA B-23
⚽️ Du Yuesheng 5' Tao Qianlong 45'+4
⚽️ Aliff Izwan Yuslan 34' #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/HPTKZKOboB