Translate

23 December 2023

PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan



PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan

Bernama

Disember 22, 2023
Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa 23 Jan ini.

PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan

Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa 23 Jan ini.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa 23 Jan ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alzafny Ahmad berkata Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman SAC Afandi Senin akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan dengan memangku pangkat DCP.

"Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe pula akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Afandi dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam kenyataan malam ini.







Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 42 pegawai kanan PDRM di seluruh negara.

Turut bertukar jawatan ialah CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur Datuk Anuar Othman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

"Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor pula akan mengisi jawatan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Adzli Abu Shah akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat DCP," katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Zahib Sabari akan menggalas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Afdlin Shauki defeats Minister Nik N' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A man who went on a rampage using a sharp weapon, ' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'IMIGRESEN GEMPUR "PERKAMPUNGAN WARGA ASING" DI JAL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'Syamsul Yusof, Puteri Sarah fail to reach divorce ' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Cable car crash caused by broken support cable | B' 5 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Afdlin Shauki defeats Minister Nik N' 6 hrs 1 min ago