Translate

18 December 2023

Tiada 'double standard' dalam pendakwaan pegawai kanan polis - Timbalan KP Perak



 Tiada 'double standard' dalam pendakwaan pegawai kanan polis - Timbalan KP Perak

ASTRO AWANI

Disember 18, 2023 16:57 MYT

Tiada 'double standard' dalam pendakwaan pegawai kanan polis - Timbalan KP Perak

Datuk Azizi Mat Aris berkata, kawalan tersebut merupakan prosedur biasa membawa orang kena tuduh ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan. - Gambar fail

IPOH: Polis menafikan wujud layanan 'double standard' berhubung kawalan ketat terhadap pegawai kanan polis yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kawalan tersebut merupakan prosedur biasa membawa orang kena tuduh (OKT) ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

Jelasnya, kawalan ketat yang dilakukan di sekitar kawasan mahkamah adalah untuk menjaga keselamatan kerana kes itu menarik perhatian umum.



"Kita membuat kawalan di mahkamah tadi itu adalah bagi menjaga keamanan dan ketenteraman di kawasan mahkamah. Tidak ada isu double standard ya. Seperti mana yang kita tahu, layanan yang diberi sama seperti mana pesalah-pesalah yang lain," ujar beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa mengiringi Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim, mengunjungi keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa di sini, pada Isnin.

Menurutnya, buat masa ini, pegawai kanan polis yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu ditahan di Penjara Taiping sehinggalah perbicaraan akan datang.

Terdahulu, media melaporkan petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan bunuh membabitkan tertuduh, pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP) di Mahkamah Majistret di sini.

Kira-kira 30 petugas media berkumpul di kawasan mahkamah seawal jam 7.30 pagi tadi menunggu ketibaan pegawai polis terbabit, susulan kes kematian pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang mendapat liputan meluas media.

Kumpulan anggota polis dilihat berkawal di perkarangan kawasan Mahkamah Ipoh sebelum enam kenderaan polis bercermin gelap, tiba di kawasan kompleks mahkamah.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED