Translate

13 July 2023

STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00



STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00

Bernama

Julai 13, 2023 12:39 MYT

STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
STPM 2022 menyaksikan calon yang memperoleh keputusan PNGK 4.00 meningkat berbanding tahun 2021 iaitu seramai 874 orang

STPM 2022 menyaksikan calon yang memperoleh keputusan PNGK 4.00 meningkat berbanding tahun 2021 iaitu seramai 874 orang.- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Mohd Ekhwan Toriman.

Beliau berkata ia sekali gus menyaksikan calon yang memperoleh keputusan PNGK 4.00 meningkat berbanding tahun 2021 iaitu seramai 874 orang.

"Daripada 1,184 calon ini, seramai 1,009 calon atau 85.22 peratus daripadanya adalah daripada kategori B40," katanya pada sidang media pengumuman Keputusan STPM 2022 di sini hari ini.



Bagi PNGK Nasional STPM 2022, Mohd Ekhwan berkata ia juga telah meningkat kepada 2.82 pada tahun lepas berbanding 2.79 pada tahun sebelumnya.

"PNGK Nasional ini juga merupakan PNGK Nasional tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM," katanya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED