Translate

18 July 2023

PRN: Anwar umum Amirudin kekal calon MB Selangor



 PRN: Anwar umum Amirudin kekal calon MB Selangor

ASTRO AWANI

Julai 18, 2023 =

PRN: Anwar umum Amirudin kekal calon MB Selangor

Amirudin diumumkan kekal menjadi calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos nanti. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti.

Berucap ketika merasmikan program Sentuhan Agro Madani peringkat Negeri Selangor di Sekinchan hari ini, Anwar berkata ia berdasarkan prestasi Amirudin yang baik mentadbir negeri itu.

"Kalau pertumbuhan ekonomi suku pertama... Selangor nombor satu, sebab itu kita cadang untuk kekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar.



"Ini kali pertama saya umum rasmi, dia pun terkejut," jelasnya.

Tambah Anwar, sumbangan Selangor turut membawa kepada prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang baik pada suku pertama 2023, berbanding beberapa negara di Asia.

"Sebab pertumbuhan ekonomi baik, berapa suku tahun pertama? 5.6 peratus!

"Ini paling tinggi berbanding China, Singapura dan Indonesia... kita paling tinggi. Pelaburan setakat suku tahun pertama RM71 bilion, ini tidak termasuk dengan Elon Musk (Tesla), Saudi Aramco dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang saya baru terima surat malam tadi," jelasnya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED