Translate

20 July 2023

Polis kesan pembantu rumah Indonesia curi barangan, wang majikan bernilai RM10,850


Bernama

Julai 19, 2023 23:35 MYT


Raub berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada majikannya yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun. - Gambar fail/FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya dianggarkan bernilai RM10,850, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada majikannya yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun pada 10.48 malam, semalam.

"Suspek yang berusia 31 tahun melarikan diri dari rumah pengadu di kawasan Taman Pelangi di sini, pada 11.21 pagi, Isnin. Ketika melarikan diri suspek memakai baju-T hitam berbelang kuning di bahagian dada dan berseluar merah.



"Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek telah melarikan diri dengan membawa sebuah beg membeli-belah warna biru dengan cara memanjat pagar di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Bagaimanapun beliau berkata kira-kira 8.43 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat terdapat empat video berdurasi 12 hingga 30 saat dan satu kenyataan telah tular di laman Twitter menerusi akaun @mynewshub mendakwa seorang pembantu rumah didera oleh majikan.

Katanya video itu memaparkan perbualan seorang lelaki tempatan bersama seorang wanita warga asing dengan wanita itu kemudian memberi kenyataan kononnya dia didera oleh majikannya ketika bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Pelangi.




"Pihak polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan. Lelaki itu membantu wanita berkenaan membuat laporan, namun hanya mengenai kehilangan pasport dan bukan berkaitan didera," kata Raub sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes di talian 016-9442795.

-- BERNAMA







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 4 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 5 hrs 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 5 hrs 13 mins ago