Translate

18 July 2023

MB Kedah Sanusi ditahan polis 3 pagi

 


Sanusi ditahan polis 3 pagi

Astro Awani

Julai 18, 2023 Sanusi ditahan polis 3 pagi

Tangkap layar daripada video penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di ibu negara sekitar pukul 3 pagi tadi.

Sanusi ditahan polis 3 pagi

Tangkap layar daripada video penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di ibu negara sekitar pukul 3 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel di ibu negara.

Menteri Besar Kedah itu difahamkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor dengan menaiki sebuah kenderaan multi guna (MPV).

Penahanan Muhammad Sanusi turut dirakamkan dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial.


Muhammad Sanusi juga difahamkan akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang pagj ini dipercayai berkaitan kenyataan beliau menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih Menteri Besar negeri itu.



HELMI KHALID FACEBOOK:

VIDEO TANGKAPAN MB KEDAH 
https://www.facebook.com/helmi.khalid.3/videos/6369493186420504




Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini

Bernama

Julai 18, 2023

Muhammad Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini

Muhammad Sanusi dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Menerusi semakan sistem mahkamah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu akan didakwa di dua mahkamah iaitu di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh pada 9 pagi.

Media baru-baru ini melaporkan ucapan Muhammad Sanusi pada satu ceramah politik di Selangor yang dikatakan menghina institusi Diraja Selangor.

Muhammad Sanusi dalam video ucapannya yang tular dikatakan menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Susulan itu pelbagai pihak tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pada 13 Julai, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.

Razarudin berkata siasatan berkaitan 3R itu dibuat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Menteri Besar Kedah dihadapkan Mahkamah Selayang


-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED