Translate

24 June 2023

SSM terima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu



SSM terima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu

Bernama

SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM. - Gambar SSM

Jun 24, 2023 07:45 MYT

SSM terima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu

SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM. - Gambar SSM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu melibatkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada 21 Jun 2023.

Menurut SSM dalam kenyataan pada Jumaat, pihaknya telah membuka kertas inkuiri berdasarkan aduan terdahulu apabila sebahagian daripada pengadu terbabit telah dipanggil untuk dirakam kenyataan.

Katanya, SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.



"Sekiranya wujud pelanggaran mana-mana peruntukan yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil," katanya.

Menurut SSM, pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

"SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.

"SSM ingin menasihati para pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan menjalankan usaha wajar terlebih dahulu dengan menyemak skim pelaburan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat sebelum menyertainya," katanya. - BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 5 hrs 7 mins ago