Translate

28 June 2023

Pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan

 Pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah

Bernama

Jun 28, 2023


17:04 MYT

Pegawai, dua anggota polis ditahan positif dadah

Mohd Azman berkata dalam serbuan itu, polis merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM197,458 selain menyita harta yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta. 

KUCHING: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) serta dua anggota berpangkat Sarjan dan Koperal antara 152 individu ditahan kerana positif terhadap dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan, di sini, Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media di sini hari ini berkata ketiga-tiganya yang berusia antara 45 hingga 49 tahun disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas hasil saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM197,458 selain menyita harta yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Katanya serbuan pada 1.20 hingga 6 pagi itu memeriksa seramai 204 pengunjung sebelum hasil pemeriksaan mendapati 152 daripadanya positif terhadap dadah.

"Mereka yang positif dadah ini berusia antara 19 hingga 54 tahun dan disiasat di bawah seksyen sama," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 2 hrs 11 mins ago