Translate

21 June 2023

Dua lelaki dipercayai warga Singapura berang selepas ditegur oleh rider Grab kerana mengisi minyak ke dalam botol

 

Semalam sebuah video viral memaparkan dua lelaki dipercayai warga Singapura berang selepas ditegur oleh rider grab kerana mengisi minyak ke dalam botol di sekitar Iskandar puteri. 

Yang peliknya mereka berani bertindak kurang ajar di depan dua anggota polis bantuan

 

MENGISI MINYAK DALAM TONG UNTUK AKTIVITI GO KART

Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak yang tular pada Rabu berpunca daripada perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama oleh penghantar makanan berusia 44 tahun itu.

Jelasnya, pertengkaran itu kemudiannya dileraikan anggota polis bantuan yang turut berada di situ dan warga Singapura terbabit belum sempat mengisi minyak yang dipercayai hendak digunakan untuk aktiviti 'go-kart'.

SINAR HARIAN

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED