Translate

23 June 2023

DBKL laksana 2 laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela mulai Julai



DBKL laksana 2 laluan kontra di Jalan Ampang, Jalan Maharajalela mulai Julai

Bernama

Jun 23, 2023
Bagi Jalan Ampang, laluan kontra membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak. - Foto fail/BERNAMA

DBKL laksana laluan kontra di Jalan Ampang, Jalan Maharajalela mulai Julai

Bagi Jalan Ampang, laluan kontra membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan dua laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela di sini, mulai Julai ini.

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Sulaiman Mohamed berkata bagi Jalan Ampang, ia membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak.

"Laluan kontra di kawasan ini bertujuan menyediakan satu laluan khas bas pada waktu puncak dari 6 hingga 9 pagi bagi membantu pergerakan bas agar lebih efisien dan menepati waktu ketibaan di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.



Sebagai laluan alternatif terdapat pusingan-U dari arah pusat bandar ke Ampang di persimpangan Jalan Jelatek dan di bawah jejambat persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Bagi arah Ampang menuju ke pusat bandar pusingan-U di persimpangan Jalan Jelatek dan persimpangan Jalan Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jalan Maharajalela pula melibatkan penambahan jarak bukaan laluan kontra sedia ada di jalan berkenaan hingga Jalan Cheras (waktu puncak petang).

"Sebelum ini, laluan kontra di kawasan Jalan Maharajalela menuju ke Jalan Cheras bermula di laluan masuk Jalan Cheras. Kini, laluan masuk bagi kawasan ini bermula di Jalan Maharajalela (berdekatan Sekolah Menengan Tsun Jin).

Penambahan jarak laluan kontra ini membolehkan kenderaan masuk ke laluan kontra lebih awal dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Jalan Cheras," katanya.

Sulaiman berkata dengan pelaksanaan awalan dua laluan kontra itu, ia diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan berkaitan.

"Tambahan lagi, ia juga memberi keutamaan laluan kepada kenderaan pengangkutan awam sekali gus dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan pengguna jalan raya terhadap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di ibu kota," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Muhammad Kamil sahkan hantar pencal' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru dua lelaki curi BMW R1300GS | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Campeche viewed 'Kuala Lumpur akan diletakkan antara bandar peneraj' 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Fong Chee Khuen dipecat daripada jawatan CEO HHRG ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 3 hrs 8 mins ago