Translate

15 May 2023

Rogol anak tiri, pengajar kelas renang kena penjara 35 tahun

 Rogol anak tiri, pengajar kelas renang kena penjara 35 tahun

ASTRO AWANI

Mei 15, 2023Rogol anak tiri, pengajar kelas renang kena penjara 35 tahun

Tertuduh yang berusia 36 tahun bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berperingkat. - Gambar/ Astro AWANI

Rogol anak tiri, pengajar kelas renang kena penjara 35 tahun

Tertuduh yang berusia 36 tahun bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berperingkat. - Gambar/ Astro AWANI

AYER KEROH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 263 tahun dan 20 sebatan selepas didapati bersalah atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya yang berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 36 tahun bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 35 tahun selepas Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berperingkat.

Keputusan itu dibuat Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail dalam dua prosiding berasingan.



Mengikut 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 16 tahun.

Tertuduh turut didakwa atas lapan pertuduhan dibawah Seksyen 377CA kanun sama atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Manakala bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu dengan cara memegang anggota sulitnya bagi tujuan seksual.

Tertuduh turut didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu iaitu sejak remaja berkenaan berusia 13 tahun di rumah mereka di Jasin.

Terdahulu dua prosiding berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Aliff Asyraf Anuar Sharuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang juga pengajar kelas renang itu menitiskan air mata ketika mengemukakan rayuan dan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan dia masih mempunyai anak kecil serta tanggungan lain memandangkan isterinya tidak bekerja.

Pihak pendakwaan dalam hujahan mereka bagaimanapun mencadangkan mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius kerana mangsa dirogol sejak berusia 13 tahun selain memohon mahkamah mengambil kira keterangan impak mangsa.

Mangsa dikatakan mengalami kebimbangan yang melampau yang mana tindakan tertuduh bukan sahaja telah merentap maruahnya, sebaliknya turut menyebabkan tertuduh terpaksa menanggung malu akibat tindakan tidak bertanggungjawab tertuduh serta isteri yang juga ibu kandung mangsa.

Remaja itu juga dikatakan perlu dibantu oleh kaunselor dan pakar psikiatri kerana dia tidak mempercayai mana-mana individu memandangkan ibunya juga sebelum ini tidak mempercayai kejadian yang menimpa dirinya.

Astro AWANI April lalu melaporkan, pendedahan kehilangan remaja perempuan itu membongkar perbuatan keji bapa tirinya yang sering menjadikannya mangsa pemuas nafsu.

Perbuatan terkutuk tertuduh yang dipercayai turut diketahui isterinya itu terbongkar selepas mangsa yang sebelum ini melarikan diri selama 18 hari memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Rentetan itu bapa tiri serta ibu kandung mangsa yang berusia 36 dan 40 tahun ditahan sejurus tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED