Translate

01 May 2023

Pasangan kekasih lakukan aksi 'wheelie' di Kuantan diberkas




 Pasangan kekasih lakukan aksi 'wheelie' di Kuantan diberkas

Bernama

Mei 1, 2023 Pasangan kekasih lakukan aksi 'wheelie' di Kuantan diberkas

Pasangan remaja yang kedua-duanya berusia 17 tahun itu, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan.Pasangan kekasih lakukan aksi 'wheelie' di Kuantan diberkas

Pasangan remaja yang kedua-duanya berusia 17 tahun itu, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan.

KUANTAN: Pasangan kekasih dipercayai melakukan aksi 'wheelie' yang videonya tular di media sosial semalam, ditahan di sebuah rumah di Balok, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata remaja lelaki dan teman wanitanya yang kedua-duanya berusia 17 tahun itu, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan antara 11.30 pagi dan 2.30 petang.

"Siasatan awal mendapati motosikal tersebut kepunyaan ibu remaja lelaki itu dan mempunyai lima rekod saman. Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan hari ini.



Video berdurasi hampir seminit itu menunjukkan aksi seorang penunggang lelaki bersama pembonceng perempuan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5 berwarna putih, melakukan aksi mengangkat tayar hadapan 'wheelie' di jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 2 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 2 hrs 34 mins ago