Translate

06 May 2023

Mayat nelayan dibaham buaya ditemukan guna teknik tradisional

 Mayat nelayan dibaham buaya ditemukan guna teknik tradisional

Bernama

Mei 6, 2023Mayat nelayan dibaham buaya ditemukan guna teknik tradisional

Mayat Roslin Madaie, 58, dari Kampung Boom Oya dijumpai penduduk kampung menggunakan teknik tradisional menunda mata kail di sungai itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam. - Gambar/

Mayat nelayan dibaham buaya ditemukan guna teknik tradisional

Mayat Roslin Madaie, 58, dari Kampung Boom Oya dijumpai penduduk kampung menggunakan teknik tradisional menunda mata kail di sungai itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam. - Gambar/ Sinar Harian

SIBU: Mayat seorang nelayan yang dipercayai menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sungai Batang Oya, Mukah, kira-kira 180 kilometer dari sini berjaya ditemukan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata mayat Roslin Madaie, 58, dari Kampung Boom Oya dijumpai penduduk kampung menggunakan teknik tradisional menunda mata kail di sungai itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Saga berkata polis menerima panggilan kejadian itu kira-kira pukul 11.26 malam tadi sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian.



"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dalat menggunakan Land Rover Polis. Hasil pemeriksaan doktor bertugas dan pegawai penyiasat kes mendapati kecederaan pada badan mangsa ialah sinonim dengan gigitan binatang buas," katanya.

Berdasarkan laporan yang diterima polis, beliau berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam hari Jumaat ketika mangsa sedang menjala udang di sungai berkenaan.

Saga berkata seorang saksi kejadian yang berada tidak jauh dari bot mangsa telah melihat mangsa disambar seekor buaya ketika sedang menebar jala sebelum diheret reptilia itu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Oya, pagi tadi.

Kes terbaharu ini merupakan kes serangan buaya yang kelapan dilaporkan di sungai terbabit sejak 2015 melibatkan enam orang maut manakala dua lagi terselamat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED