Translate

10 May 2023

Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM

 


Mahfuz dilantik Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pengerusi LKIM
Astro Awani
Mei 10, 2023 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pelantikan Mahfuz menerusi satu kenyataan media pada Rabu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkuat kuasa 15 Mei nanti.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan pelantikan Mahfuz menerusi satu kenyataan media pada Rabu.


Selain Mahfuz, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


"Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran, dan perkhidmatan.

\
"Saya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan mengalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya.


Dalam kenyataan itu, Mohamad turut mengumumkan pelantikan bekas ADUN Behrang Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).


Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman bin Ismail dilantik sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) manakala bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharid Ali dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED