Translate

17 May 2023

CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas

 CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas

Bernama

Mei 17, 2023


16:40 MYT

CEO, pengarah ditahan perdaya Kerajaan Sabah berkaitan deklarasi hasil jualan emas

Kesemua suspek termasuk seorang bergelar datuk berumur antara 42 dan 67 tahun itu, ditahan di Pejabat SPRM Tawau tengah malam tadi. - Gambar hiasan

TAWAU: Lima lelaki dan seorang wanita direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas membabitkan dua syarikat di sini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Leona Dominic Mojiliu selepas membenarkan permohonan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmawi Kulup Lam di Mahkamah Majistret Tawau.

Kesemua suspek termasuk seorang bergelar datuk berumur antara 42 dan 67 tahun itu, ditahan di Pejabat SPRM di sini tengah malam tadi, serta disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Difahamkan kesemua mereka termasuk ketua pegawai eksekutif dan pengarah syarikat dengan curangnya disyaki memperdaya kerajaan Sabah dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu.

Perbuatan itu bagi mengelak membayar royalti emas sebenar kepada kerajaan negeri terhadap hasil emas yang di lombong di Bukit Mantri di sini.

Turut difahamkan 100 kilogram emas membabitkan nilai RM25 juta tidak dilaporkan penghasilannya yang sepatutnya menyumbang pembayaran royalti RM1.25 juta kepada kerajaan Sabah bagi tempoh bermula 2020 hingga 2022.

Penipuan dibuat melalui pakatan dua syarikat yang kesemua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED