Translate

01 May 2023

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara

 BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara

Astro Arena

April 30, 2023 


BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menamatkan perjalanan cemerlang mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebagai naib juara susulan tewas di final kepada wakil India. - Stadium Astro

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menamatkan perjalanan cemerlang mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebagai naib juara susulan tewas di final kepada wakil India. - Stadium Astro

BEREGU lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, menamatkan perjalanan cemerlang mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebagai naib juara susulan tewas di final kepada wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam saingan yang berlangsung di Dubai, sebentar tadi.

Perjalanan cemerlang gandingan negara itu bermula apabila merekodkan kemenangan menakjubkan ke atas beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dan beregu Jepun yang berada di ranking keempat dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam perjalanan melangkah ke final.

Set pertama menyaksikan gandingan Malaysia dan India saling menguji kemampuan, corak permainan pantas membenarkan mereka mengutip mata demi mata sehingga kedudukan terikat 11-11 sebelum Rankireddy-Shetty kerap melakukan kesilapan di depan jaringan membenarkan Malaysia menang 21-16.



Skrip berbeza di set kedua, apabila Yew Sin-Ee Yi meneruskan momentum cemerlang dengan menghadirkan permainan yang berkualiti untuk selesa mendahului permainan 11-6.

Ketika perlawanan seakan memihak Yew Sin-Ee Yi, pasangan India berjaya mencari jalan untuk bangkit sebelum memastikan kemenangan 21-17 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Selepas berjaya hampir di keseluruhan permainan, gandingan India itu berjaya mencari jalan memintas Yew Sin-Ee Yi dengan mendahului 18-16 sebelum meleburkan peluang Malaysia dengan memenangi set penentuan 21-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki warga Myanmar mati dibunuh rakan senegara |' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 29 mins ago
A visitor from Muar town viewed '60 individu ditahan dalam operasi pencerobohan tan' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 4 hrs 13 mins ago