Translate

07 May 2023

Anwar ucap takziah kepada keluarga bekas KSU Perbendaharaan

 Anwar ucap takziah kepada keluarga bekas KSU Perbendaharaan

Bernama

Mei 7, 2023Anwar ucap takziah kepada keluarga bekas KSU Perbendaharaan

Anwar menerusi catatan di Facebook berkata mendiang adalah seorang pegawai yang baik dan telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara. - Foto/Facebook Anwar Ibrahim

Anwar ucap takziah kepada keluarga bekas KSU Perbendaharaan

Anwar menerusi catatan di Facebook berkata mendiang adalah seorang pegawai yang baik dan telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara. - Foto/Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert yang meninggal dunia pagi ini.

Anwar menerusi catatan di Facebook berkata mendiang adalah seorang pegawai yang baik dan telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

"Secara peribadi, saya akan terus mengingati jasa mendiang terhadap pembangunan negara khususnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



"Saya utus salam takziah buat keluarga mendiang, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini," katanya.

Clifford, 81, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1964, berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan mulai 1994 sebelum bersara pada 1997.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED