Translate

14 May 2023

Ahli perniagaan didakwa gagal kemuka penyata cukai pendapatan dalam borang C

 Ahli perniagaan didakwa gagal kemuka penyata cukai pendapatan

Bernama

Mei 14, 2023 Ahli perniagaan didakwa gagal kemuka penyata cukai pendapatan

Majistret Nur Asidah A Rahman menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. - Gambar/ Bernama

Ahli perniagaan didakwa gagal kemuka penyata cukai pendapatan

Majistret Nur Asidah A Rahman menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. - Gambar/ Bernama

BATU PAHAT: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam borang C bagi taksiran tahun 2019 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan berjumlah lebih RM500,000.

Mengikut pertuduhan, Goh Boon Chai, 58, yang merupakan pengarah syarikat kayu palet, dikehendaki di bawah Seksyen 77A (1) Akta Cukai Pendapatan 1967, untuk mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam borang C bagi tahun taksiran 2019 hingga 2021 mengenai pendapatan berkenaan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Goh didapati gagal mengemukakan penyata tersebut yang mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM760, 625 bagi cukai taksiran 2019; RM821,460 (2020) dan RM1.18 juta bagi 2021, iaitu dia sepatutnya membayar cukai sebanyak RM147,550 bagi 2019; RM155,150.40 (2020) dan RM242,688.24 (2021).



Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 114 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda daripada cukai terkurang bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan peguam kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri Mazlan Alias.

Majistret Nur Asidah A Rahman menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED