Translate

08 May 2021

PKP: Aktiviti sukan dan rekreasi tanpa bersentuhan fizikal kini boleh dijalankan bermula 8 Mei.





PKP: Joging, berbasikal, senaman kini dibenarkan mulai 8 Mei
Bernama
Mei 7, 2021 22:57 MYT

Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal dan senaman dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter kini boleh dijalankan bermula 8 Mei 2021.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan kelonggaran itu diberi setelah Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mempertimbang rayuannya untuk melihat semula keputusan berhubung prosedur operasi standard sektor sukan serta rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

"Kelonggaran-Kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya," menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook KBS itu.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED