Translate

22 May 2021

Operasi Perniagaan Dari 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja

Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghadkan operasi perniagaan di seluruh negara dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei ini.

Operasi perniagaan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghadkan operasi perniagaan di seluruh negara dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penguatkuasaan itu melibatkan seluruh negeri-negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Waktu operasi baharu itu meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan.

Selain itu, kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun turut dibenarkan beroperasi hanya dari jam 8 pagi sehingga 8 malam.

Bagaimanapun, katanya kedai farmasi dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi sehinggan 10 malam, sementara pasar malam beroperasi dari jam 4 petang sehingga 8 malam.

Stesen minyak kecuali stesen minyak di lebuh raya juga hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam.



Mulai 25 Mei, 40 peratus kakitangan swasta bekerja dari rumah

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Selain 80 peratus penjawat awam yang akan bekerja dari rumah, kerajaan turut memutuskan 40 peratus pekerja di sektor swasta juga akan berbuat demikian.

Perikutan peraturan itu, Ismail Sabri berkata, dianggarkan tujuh hingga lapan juta pekerja dari sektor awam dan kerajaan tidak akan ke pejabat atau premis tempat mereka bekerja.

Dalam masa sama, beliau berkata, kapasiti pengangkutan awam akan dihadkan kepada 50 peratus penumpang sahaja sementara operasi perniagaan pula dihadkan sehingga pukul 8 malam.

Kesemua peraturan baharu itu akan berkuat kuasa 25 Mei, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.


80 peratus kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah - Ismail Sabri

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan sebanyak 80 peratus daripada kakitangan awam akan bekerja dari rumah dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED