Translate

27 May 2021

Nilai R-naught turun kepada 1.17, Labuan kekal tertinggi (Video)

Nilai R-naught turun kepada 1.17, Labuan kekal tertinggi
Nilai R-naught turun kepada 1.17, Labuan kekal tertinggi



Nilai R-naught turun kepada 1.17, Labuan kekal tertinggi


Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia pada Rabu menunjukkan penurunan.

Ia berada pada 1.17 pada Rabu selepas dua hari berturut-turut mencatatkan nilai 1.20.

Kesemua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Wilayah Persekutuan Labuan terus mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.65, diikuti Perlis, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Terengganu, Pahang dan Kedah.

Nilai tinggi juga dicatatkan di Perak, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED